PILIHANKU

TAJAAN

27 Mei 2010

RANKING FIFA TERKINI...?


Brazil tangga satu dunia



ZURICH -- Brazil akan memulakan saingan Piala Dunia selaku pasukan No. 1 satu dunia, mengikut ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Juara dunia lima kali itu diekori juara Eropah, Sepanyol di tempat kedua, diikuti Portugal ketiga, Belanda serta juara bertahan, Itali.
Jerman pula menduduki tangga keenam sebelum Argentina dan England mengisi dua slot di bawahnya.
Perancis pula melompat ke tangga sembilan, memintas kedudukan Croatia yang tidak layak ke pusingan akhir jatuh satu anak tangga.
Amerika Syarikat pula berada di tangga 14, mengatasi tiga lagi wakil CONCACAF.
Cameroon pula merupakan satu-satunya pasukan dari benua Afrika yang terbaik berada di kedudukan 19 manakala Australia mendahului pasukan Asia yang lain di tangga 20.
Tuan rumah, Afrika Selatan berada di tangga 83 dunia manakala Korea Utara merupakan pasukan paling di bawah, kedudukan 105 berbanding negara-negara lain yang layak ke Piala Dunia. - AP

Penulis: Malaysia di tangga ke-146.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan