PILIHANKU

TAJAAN

27 November 2010

TENGKU MAHKOTA BERKUASA PENUH...?

Mahkamah Persekutuan tolak petisyen Sultan Ismail Petra

PUTRAJAYA 26 Nov. - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai sultan apabila sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim berkata, Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas sultan walaupun sultan tidak mengalami ketidakupayaan.
"Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," kata beliau.
Oleh itu, kata Hakim Zulkefli, Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra tidak mempunyai kedudukan di segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota itu ketika Sultan mengalami ketidakupayaan.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Md. Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak petisyen Sultan Ismail Petra setelah membenarkan bantahan awal peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili responden, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), bahawa ayahanda baginda tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan tersebut kepada mahkamah berkenaan.
Sultan Ismail Petra yang memfailkan petisyen berkenaan pada 5 Mei dan 22 Jun lalu, menamakan Sultan Muhammad V dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden.
Dalam petisyen itu, Sultan Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang beberapa persoalan undang-undang sama ada Sultan Muhammad V, yang memangku jawatan Tengku Mahkota ketika itu, mempunyai kuasa untuk memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan