PILIHANKU

TAJAAN

17 November 2010

KUTUK NEGARA SENDIRI...?

Anwar tak puas hati Gillard puji Malaysia negara Islam moden

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.
Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.
Beliau berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia semalam, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat (AS) berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.
"Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, 'ini adalah negara Islam moden yang bagus'. Saya menganggap ia sebagai penghinaan," katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian hari ini.

Sumber: Utusan Online,17/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan