PILIHANKU

TAJAAN

19 November 2010

MAT REMPIT PUTUS KEPALA...?

 

Babi pun merempit...? Gambar hiasan.

Tiga mat rempit maut bertembung
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/11/19

KUALA TERENGGANU: Tiga orang remaja yang dipercayai menyertai lumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang belum dibuka di Kampung Bukit Guntong, Tepoh dekat sini, maut dengan seorang daripadanya hampir putus kepala selepas motosikal mereka bertembung sesama sendiri, petang kelmarin. 

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Solihuemi Harun, 16, dari Kampung Hulu Jeram, Tepoh, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala dua orang lagi, Mohd Abd Rahman Jusoh, 20, dari Kampung Raja dan Mohd Firdaus Mohd Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Sumber: Berita Harian Online, 19/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan