PILIHANKU

TAJAAN

28 September 2010

PEMIMPIN KANAN PKR TEWAS...?

Ahli PKR tolak kepimpinan

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kekalahan beberapa orang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan di peringkat cabang semalam jelas membuktikan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.
Malah, kekalahan tersebut merupakan isyarat awal kepada Anwar dan Azmin bahawa blok mereka akan berhadapan dengan masalah besar dalam pemilihan di peringkat pusat yang dijadualkan November ini.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat cabang antaranya di Kota Raja, Kuala Langat, Kapar, Klang dan Lembah Pantai menggambarkan betapa ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi PKR.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan