PILIHANKU

TAJAAN

14 November 2010

SBP UNTUK ANAK MISKIN...?

Pelajar cemerlang, miskin asas ke asrama penuh

YOKOHAMA 13 Nov. - Kementerian Pelajaran akan mengunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai pengambilan tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan asas penubuhan SBP untuk memberi tempat kepada pelajar cemerlang daripada keluarga miskin mendapatkan kemudahan belajar dengan biaya yang rendah.
"Dalam tempoh tahun-tahun kebelakangan ini ada sedikit lari kerana ada orang berada pun fikir SBP ialah sekolah elit berprestasi tinggi dan semua mahu menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh.
"Saya fikir asas itu (pelajar cemerlang daripada keluarga miskin) harus kita gunakan sekarang. Kita akan gunakan kriteria yang saksama berdasarkan merit pencapaian mereka," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online, 14/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan