PILIHANKU

TAJAAN

19 November 2010

KSU BARU KEM. PENGAJIAN TINGGI...?

Ab. Rahim KSU baru Kementerian Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Ab. Rahim Md. Noor dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi mulai 25 November ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, Ab. Rahim menggantikan Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan yang menamatkan perkhidmatannya pada 24 November ini.
Sidek berkata, Ab. Rahim yang kini Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan, Pengurusan dan Transformasi) MAMPU, berusia 53 tahun berkelulusan Sarjana Sains Polisi dari Universiti Saitama, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda bidang Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan