PILIHANKU

TAJAAN

14 November 2010

MITOKONDRIA DAN PENUAAN...?



LEBIH 200 jenis penyakit keturunan mempunyai hubung kait dengan fungsi mitokondria yang telah rosak termasuklah kebanyakan penyakit penuaan yang paling biasa seperti penyakit Alzheimer, kencing manis, kanser, jantung, Parkinson dan angin ahmar. Mitokondria mempunyai kaitan dengan hampir setiap proses penting di dalam sel.
Penyelidik di Institut Penuaan Kebangsaan Baltimore, Rafael de Cabo, menerangkan mengapa anda boleh mengesan hampir sebarang keadaan yang mempunyai hubungan dengan keseimbangan tenaga. Misalnya, penyakit kencing manis atau sarkopenia (sejenis penyakit yang kemerosotan otot).
Mitokondria ialah “loji janakuasa” sel-sel di dalam badan. Ia merupakan struktur halus yang terdapat di dalam setiap sel dan ia bertindak sebagai relau atau dapur leburan yang mengeluarkan sebahagian besar tenaga yang digunakan oleh badan. Kebanyakan sel dalam badan manusia mengandungi kira-kira 500 hingga 2,000 mitokondria.
Mitokondria merupakan pembentukan agak luar biasa dalam kalangan struktur yang terdapat di dalam sel sebab ia mempunyai gennya sendiri iaitu DNA-nya sendiri (semua DNA lain dijumpai dalam nukleus sel). DNA Mitokondria (mtDNA) lebih berkemungkinan akan rosak dalam menjalankan kegiatan kehidupan harian kita.
Sebagai jentera untuk mengeluarkan tenaga, kecekapan mitokondria adalah amat menakjubkan. Daripada oksigen yang digunakan oleh sel-sel biasa, Mitokondria dengan bantuan Koenzim Q10 (CoQ10), akan menukarkan 95 peratus daripada oksigen itu untuk mengubah makanan iaitu lemak-lemak dan karbohidrat menjadi bahan bakar kimia yang dikenali sebagai adenosine triphosphate atau ATP. Ini bermakna setiap kali kita bernafas, kita memberikan lonjakan tenaga kepada sel kita.

Sumber: Utusan Online, 14/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan