PILIHANKU

TAJAAN

26 November 2010

PUTU UBI KAYU...?


Bahan-bahan
  • 2 batang ubi kayu - siap diparut halus dan diperah airnya sampai kering,biar berderai (lebih baik dijemur)
  • 1 sudu teh halba
  • gula merah (ni'se) - diracik halus
  • kelapa parut dicampur sedikit garam (Bahan untuk dicicah)

Kuih putu ubi kayu merupakan kuih yang bermusim di Klate. Biasanya muncul begitu banyak pada musim hujan (musim tengkujuh) atau musim banjir. Jika tiba musim ini, gerai menjual kuih ini biasanya di tepi jalan begitu banyak, bak kata pepatah, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Putu ubi kayu mudah dibuat. Tepung ubi kayu yang dijemur itu dimasukkan ke dalam bekas khas, biasanya tudung kole atau tudung bekas cuci tangan. Kemudian pula dimasukkan hirisan gula melaka. Setelah itu, bekas tadi dibungkus dengan kain khas dan diletakkan di atas dapur kukus khas. Beberapa minit kemudian, putu ubi kayu siap untuk dimakan bersama-sama dengan kelapa parut.

Putu ubi kayu jika di tempat lain dipangggil kuih piring...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan