PILIHANKU

TAJAAN

31 Disember 2010

KELANTAN CUTI HARI AHAD...?

Perdana Menteri mengumumkan bahawa negara bercuti pada 31 Disember 2010 sempena kejayaan pasukan Malaysia membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010. Bagi negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, hari Jumaat (31 Disember 2010) itu jatuh pada hari cuti mingguan. Berdasarkan maklumat yang penulis terima semalam, cuti umum itu telah dibawa ke hari Ahad 2 Januari 2010. Ini bermakna permulaan persekolahan pada sesi 2011 akan bermula pada hari Isnin, 3 Januari 2010.

Harap maklum.

APA LAGI ALASAN...?


Apa lagi alasan Indonesia apabila kecundang....?

  • Suluhan laser...?
  • Angkara bomoh...?
  • Pemain gatal-gatal kerana serbuk hitam...?

BANJIR DI AUSTRALIA...?



Flooded communities across eastern Australia could be underwater for more than a week, with the clean-up bill expected to hit billions of dollars.
Days of torrential downpours have left parts of central and southern Queensland state inundated, flooding thousands of homes and businesses, cutting off roads and forcing one town's entire population to evacuate.
The flooding is some of the worst in the state's history. Anna Bligh, the premier of Queensland, called the situation a tragedy.

DI SEBALIK FINAL KE-2 DI STADIUM UTAMA BUNG KARNO...?



Betapa sukarnya pasukan bola sepak negara mencipta kejayaan setelah diasak provokasi melampau oleh pihak lawan...?

Penyokong Indonesia yang tidak bertamadun .....(menggelarkan negara kita sebagai 'maling' atau perompak, akhirnya memakan diri sendiri)...?

Penyokong menggunakan apa saja untuk menghina Malaysia...?

Penyokong fanatik Indonesia yang rosak akhlak dan melampau....?

Lihat betapa penyokong Indonesia mempunyai semangat kesukanan yang tinggi...?

30 Disember 2010

KEPUTUSAN LIGA INGGERIS 29/12/2010...?

  • LIVERPOOL VS WOLVERHAMPTON WANDERERS: 0 - 1
  • CHELSEA VS BOLTON WANDERERS: 1 - 0
  • WIGAN ATHLETIC VS ARSENAL: 2 - 2
Arsenal's Sebastien Squillaci scores an own goal
Gol sendiri oleh pemain Arsenal Sebantien Squillaci...?

RIO FERDINAND PUJI MALAYSIA...?

JUARA PIALA SUZUKI AFF2010
Pemain bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucap tahniah dan memuji pasukan negara.
“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.

PEMAIN NEGARA NAIK KERETA PERISAI KE STADIUM....?

Inikah kereta perisai yang dimaksudkan....?

5 kereta perisai lindungi pemain Malaysia

JAKARTA - Pemain negara jelas berdepan dugaan yang hebat sebelum sepak mula yang dijadualkan pada pukul 7 petang (8 malam waktu Malaysia) apabila lima kereta perisai yang dikenali sebagai Barakuda terpaksa melindungi mereka dalam perjalanan ke Stadium Gelora Bung Karno.
Mereka yang keluar dari Hotel Sultan tepat pukul 4.50 petang pada waktu di sini terpaksa melalui ratusan ribu penyokong Indonesia di pintu timur stadium sambil menaiki kereta perisai berkenaan supaya boleh memasuki dengan selamat ke dalam stadium.
Namun, terdapat segelintir penyokong Indonesia menyedari kedatangan pemain negara lalu mengetuk kereta perisai terbabit sambil menunjukkan isyarat lucah.
Biarpun tiada insiden buruk berlaku tetapi perlindungan maksimum yang diberikan kepada pemain Malaysia terpaksa dilakukan ekoran pelbagai kontroversi dilemparkan media tempatan. yang membakar emosi penyokong Indonesia.
Antara provokasi terang-terangan yang dilakukan oleh media di sini ialah mengenai penggunaan laser dan dakwaan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid bahawa pemainnya dianayai dengan serbuk gatal ketika menjalani latihan di Malaysia. - Utusan

Komen: Ada juga orang kuat PSSI yang percaya akan kuasa bomoh yang boleh mengubah nasib sesebuah pasukan bola sepak. Jika benar,  kenapa tak bomohkan pasukan bola sepak Indonesia agar menjadi juara dunia. Gunalah ilmu bomoh itu untuk kalahkan kuasa besar bola sepak dunia seperti Sepanyol, Belanda, Brazil, Argentina....?
Ini dengan Malaysia pun KALAH...?

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/12/2010

KITA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010...?


KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi. Malaysia menang dengan agregat 4-2. - Foto Osman Adnan

Sumber: Berita Harian Online, 30/12/2010

'APEK' PALING MENYERLAH....?




Khairul Fahmi Che Mat
KhairulFCmat.png
Personal information
Full nameKhairul Fahmi bin Che Mat
Date of birthJanuary 7, 1989 (age 21)
Place of birth   Kota BharuKelantanMalaysia
Height1.70 m (5 ft 7 in)
Playing positionGoalkeeper
Club information
Current clubKelantan FA
Number19
Youth career
2008-2009Kelantan FA President Cup
Senior career1
YearsClubApp (Gls)*
2009
2010-present
Kelantan
Kelantan
0 (0)
17 (0)   
National team2
2010-present
2010-present
Malaysia Malaysia U-23
Malaysia Malaysia
3 (0)
4 (0)
Kecekapan, ketangkasan, keberanian serta ketenangan penjaga gol Malaysia ini telah memastikan Piala Suzuki AFF 2010 menjadi milik kita.

MALAYSIA CUTI UMUM HARI JUMAAT...?

Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 30/12/2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010...?

Malaysia Juara Piala AFF 2010
SAH Malaysia juara baru Piala Suzuki AFF 2010 setelah berjaya menundukkan keegoan Indonesia dengan agregat 4 - 2. Kejayaan bersejarah ini terlakar di Stadium Utama Gelora Bung Karno dan disaksikan jutaan penduduk dua buah negara berjiran. Sungguhpun Malaysia tewas 1 - 2 pada perlawanan final ke-2, namun kemenangan besar 3 - 0 ke atas Indonesia di Kuala Lumpur menjadikan negara itu hampa untuk memiliki piala tersebut buat kali keempat.
Sesungguhnya kejayaan Malaysia sebagai juara baru bola sepak pada malam tadi telah menutup mulut para pengkritik dan pelampau serta penyokong bola sepak Indonesia yang sememangnya tidak mahu dan tidak boleh menerima kekalahan.
Kepada para pemain kedua-dua buah pasukan, tahniah kerana menonjolkan semangat juang dan semangat kesukanan yang tinggi.  

29 Disember 2010

PLAT KENDERAAN TERMAHAL DI MALAYSIA...?

'MCA 1' ditender pada harga tertinggi RM300,100

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Nombor pendaftaran kenderaan 'MCA 1' telah ditender pada harga RM300,100 iaitu harga tawaran tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini.
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, bidaan bagi nombor pendaftaran itu mengatasi 'TAY 1' pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' berjumlah RM200,900 sebelum ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/12/2010

15 PEJUANG MAUT ANGKARA PELURU BERPANDU AMERIKA..?

Serangan peluru berpandu AS, 15 maut

29/12/2010 2:33am


MIRANSHAH, Pakistan 29 Dis. - Sekurang-kurangnya 15 orang anggota militan maut dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di kawasan kabilah, Waziristan Utara yang terletak di barat laut negara ini, semalam.
Pegawai keselamatan Pakistan berkata, serangan pertama memusnahkan dua buah kawasan dan mengorbankan lima orang anggota pemberontak di kampung Ghulam Khan, 20 kilometer dari timur Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara.
Katanya, serangan berikutnya yang dilancarkan oleh pesawat penyerang tanpa juruterbang mengorbankan 10 orang anggota militan di kampung Nawab yang terletak di sempadan dengan Afghanistan.
"Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila pesawat penyerang tanpa juruterbang milik AS melancarkan peluru berpandu ke atas tiga kenderaan," kata seorang pegawai keselamatan kanan memberitahu AFP. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/12/2010

2 REMAJA MAUT REMPUHAN VAN...?

KEADAAN basikal dan van yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Muar-Batu Pahat, awal pagi semalam.

MUAR: Kegembiraan sembilan remaja berbasikal ke Taman Tema Wet World di Batu Pahat bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah apabila dirempuh sebuan van, dalam kejadian di Jalan Muar-Batu Pahat,dekat sini awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Mohd Sufi Johari, 15, maut di tempat kejadian apabila rempuhan kenderaan itu menyebabkannya terpelanting ke bahagian tempat duduk penumpang van berkenaan, manakala rakannya, Mohd Amirul Nizam Awang Nudin, 17, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Sumber: Berita Harian Online, 28/12/2010

28 Disember 2010

KEMALANGAN 100 KENDERAAN...?



BEIJING 27 Dis. - Seramai tujuh orang maut dalam satu kemalangan melibatkan 100 kenderaan di wilayah Guizhou, lapor agensi berita tempatan Xinhua.
Menurut laporan itu, trafik sesak sepanjang 20 kilometer akibat kemalangan tersebut.
Dalam satu lagi kemalangan, sekurang-kurangnya sembilan pelajar sekolah terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas keluar dari jalan raya di wilayah Hunan, lapor Xinhua.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/12/2010

TOK GURU NIK AZIZ MENINGGAL...?

Mereka fitnah Nik Aziz meninggal diminta mohon maaf

28/12/2010 8:08pm
KOTA BAHARU 28 Dis. — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.
"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata Mursyidul Am Pas itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/12/2010

MPV TERJUN CURAM...?

Dua termasuk bayi 6 bulan maut setelah MPV terbalik

28/12/2010 8:07pm

KOTA TINGGI 28 Dis. – Dua termasuk seorang bayi terbunuh setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbalik berhampiran Felcra Sungai Ara, di sini hari ini.
Mangsa ialah Kamariah Daud, 39 dari Pasir Mas, Kelantan yang maut di tempat kejadian serta anak saudaranya, Nurul Atisha Humairah Aziz, enam bulan, yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaruh Dua.
Manakala ibu bayi terbabit, Noorhaliza Ismail, 36, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.
Sementara itu dua lagi penumpang iaitu anak Kamariah, Farah Halim, 5, dan Razali Jusuh, 39, terselamat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Osman Muhammad Sebot berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, MPV yang dipandu Razali dalam perjalanan dari Kelantan ke Johor Bahru.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/12/2010

TIDAK TERIMA KEKALAHAN...?


Barisan pemain 'Garuda' yang pasti mahu membalas dendam kerana dimalukan di Kuala Lumpur....?

MEREKA AKAN BERBUAT APA SAJA...?
Adakah perlawanan final kedua nanti akan berjalan lancar ataupun sebaliknya? Tapi jika diperhatikan kepada laporan-laporan akhbar dan luahan pendapat yang berbaur dendam dan perasaan hasad dengki para penyokong Indonesia itu, rasanya pihak berkuasa Indonesia perlu melakukan sesuatu.....?
Bagi pemain pasukan negara pula, anda semua perlu kukuhkan mental dan jangan hilang tumpuan. Ambil kesempatan daripada kelekaan pasukan lawan mencari gol dengan melancarkan serangan kilat yang akan mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan mereka.
Biarlah kegilaan dan ketaksuban penyokong mereka yang membabi buta itu terus dibalas dengan kepintaran dan kematangan anda.

TIDAK BOLEH MENERIMA KEKALAHAN...?

malaysia menang Aff cup
Barisan pemain yang membawa mimpi buruk kepada skuad Garuda...?

KOMEN PENYIAR BERITA INDONESIA
  • Ada beberapa saluran televisyen yang menyiarkan laporan yang begitu mengagung-agungkan pasukan kebangsaan itu selain memandang remeh pasukan lawan.
  • Selain Warga Kota, akhbar-akhbar utama lain turut memberikan liputan meluas terhadap kegagalan pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 kepada pasukan Malaysia.
  • Seperti yang dijangka, isu pancaran laser oleh penonton ke arah pemain bola sepak Indonesia terus diperdebatkan di dada-dada akhbar sebagai menterjemahkan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan yang tidak pernah dimimpikan oleh negara itu.
  • Akhbar Jakarta Globe dalam laporannya berkata, kegagalan Garuda di tangan Harimau Malaya saling tidak ubah seperti sebuah mimpi buruk bagi negara itu.
  • Kompas dalam laporan muka depannya pula, pasukan Indonesia harus belajar untuk memberi persaingan yang lebih sengit kepada pasukan Malaysia pada pertandingan Rabu ini.
  • Kompas melaporkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menggesa pasukan Garuda serta para penyokong bola sepak agar jangan sama sekali menyalahkan team lawan hanya kerana kegagalan itu.
  • "Tidak perlu kecil hati, jangan salah-menyalahkan, pastinya timnas (team nasional) kita juga ingin membuat yang terbaik," kata Presiden. 
Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/12/2010

PEMANCAR LASER DITANGKAP...?


Para penonton mengesan dan menahan seorang remaja yang dipercayai melakukan suatu kesalahan pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Sumber: Utusan Malaysia nline, 28/12/2010

SELAMAT UNTUK PALESTIN....?

MAVI MARMARA DISAMBUT MERIAH


Thousands of pro-Palestinian activists in the Turkish city of Istanbul welcomed the return of the Mavi Marmara, a ship part of an aid flotilla bound for the Gaza Strip that was subject to a deadly Israeli raid in May.
Hundreds of balloons were released on Sunday as the Mavi Marmara sailed into Istanbul's Sarayburnu port, following repairs at a port on Turkey's Mediterranean coast. The ship is owned by a Turkish charity, the Foundation for Human Rights, Freedom and Humanitarian Relief (IHH).
The activists waved Palestinian and Turkish flags and chanted "Down with Israel" and "Allah is great" as they greeted the vessel.

Sumber: English-Aljazeera.net, 28/12/2010

SERANGAN BERANI MATI TERBARU DI IRAQ...?

Foto Aljazeera.net, 

8 MAUT DALAM SERANGAN BOM BERANI MATI...?
RAMADI 28 Dis. - Sekurang-kurangnya lapan termasuk empat orang anggota polis maut manakala 50 orang lagi cedera dalam dua insiden serangan berani mati berhampiran bangunan kerajaan di bandar Ramadi, semalam.
Menurut laporan agensi berita Aswat al-Iraq, letupan pertama berlaku selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dalam sebuah kereta berhampiran bangunan kerajaan Ramadi.
Serangan kedua pula berlaku setelah seorang lagi pengebom memakai tali pinggang yang dipenuhi bahan letupan meletupkan dirinya ketika orang ramai mula berhimpun di kawasan letupan pertama. - DPA

Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/12/2010

PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO 2011...?

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri 2011

2010/12/27


KUALA LUMPUR: Berikut senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini. 


Perlis
  • Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu
  • Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah 
  • Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru) 
  • Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru) 
Pulau Pinang 
  • Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru) 
  • Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru) 
Perak 
  • Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 
  • Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 
Selangor 
  • Pengerusi: Datuk Seri Najib Razak 
  • Timbalan : Datuk Seri Noh Omar 
Wilayah Persekutuan 
  • Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin 
  • Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 
Negeri Sembilan 
  • Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan 
  • Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor 
Melaka 
  • Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
  • Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop 
Johor 
  • Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman 
  • Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad 
Pahang 
  • Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob 
  • Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin 
Terengganu 
  • Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru) 
  • Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru) 
Kelantan 
  • Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed 
  • Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin 
Sabah 
  • Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman 
  • Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak
Sumber: Berita Harian Online, 28/12/2010

MU VS SUNDERLAND: 2 - 0...?

Dimitar Berbatov goal United v Sunderland
Dimitar Berbatov nodded Manchester United into the lead against Sunderland.
Manchester United will be able to enjoy Monday's showdown between Arsenal and Chelsea after they defeated Sunderland 2-0 at Old Trafford on Boxing Day. Victory extends the Red Devils' advantage over their London rivals to five and six points respectively, and Sir Alex Ferguson's side have now won 14 of their last 15 fixtures on December 26.

27 Disember 2010

PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM...?


Menghilangkan bintik hitam

  
BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji telur (ambil putihnya)
  • 1 sudu teh perahan limau nipis
  • Kapas muka

CARA-CARA:
1. Campurkan air perahan limau nipis ke dalam putih telur.
2. Kemudian, ambil beberapa helai kapas muka, dan rendamkan di dalam bancuhan tadi.
3. Setelah itu, lekatkan kapas tersebut pada dahi, hidung, pipi dan dagu.
4. Biarkan sehingga kapas kering.
5. Setelah kering, tarik kapas secara perlahan-lahan dan lihat hasilnya.
Sumber: SajiOnline

UBI KENTANG PEREDA SAKIT SENDI...?

Khasiat ubi kentang

  
Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
Antara khasiatnya:-
  • Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot.
  • Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. 
  • Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
Sumber: SajiOnline 

GOL PELEBUR SEMANGAT GARUDA...?


Gol pertama daripada Safee Sali meranapkan sisa perjuangan pemain Garuda....?

Foto Utusan Online, 27/12/2010

GELORA BUNG KARNO JADI SAKSI...?

Stadium Gelora Bung Karno tetap jadi venue - AFF

27/12/2010 9:40pm

JAKARTA 27 Dis. — Perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia Rabu ini tetap berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di sini, selepas Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi ”lampu hijau” hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/12/2010

MEDAN BERBEZA...?



Norshahrul Idlan Talaha di dua medan yang berbeza... tetap hebat.....? Syabas.....

ANGKARA LASER PENYOKONG FANATIK...?


KOMEN INDON KERANA TINDAKAN BODOH SEGELINTIR PENYOKONG MALAYSIA
JAKARTA, KOMPAS.com — Adanya sinar laser yang mengarah ke kiper Indonesia, Markus Horison, memancing reaksi keras di dunia maya. Para pendukung timnas "mencak-mencak" melalui status yang ditulis di mikrobloging Twitter.
Hal itu terasa lebih karena para pemain Indonesia sempat mengajukan protes dan melakukan aksi walkout. Penulis Raditya Dika dalam akunnya @radityadika menulis, "Gue harus bales dendam pas MAL vs INA. Karena di rumah gak ada laser, jadi gue bakalan bawa sepatu kets nyala-nyala punya adek gue".
Kelakuan suporter Malaysia diharapkan Staf Khusus Presiden Bidang Hukum Denny Indrayana tak dilakukan suporter Indonesia. "Semoga penonton kita bisa lebih tertib. Tidak ada laser, petasan, dll. Buktikan Indonesia Menang!," demikian Denny dalam akunnya @dennyindrayana.
Adapun Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring memilih berpantun untuk menyemangati para pemain timnas. Ini yang ditulis Tif dalam akun @tifsembiring, "Beli koper di warung ceger. Biar timnas diganggu laser, Firman cs harus tetap main pinter! Semangat membara di babak kedua!". Lain lagi @ndorokakung, "Laser ntar dibales petromaks lo".

Sumber: KOMPAS.com, 27/12/2010


Komen Penulis: Tindakan 2 - 3 penyokong Malaysia yang menggunakan cahaya laser bertujuan mengganggu tumpuan pemain Indon terutama penjaga gol amat dikesali. Semesti seluruh penyokong Malaysia berasa amat marah dan malu dengan tindakan bodoh dan tidak bertamadun itu. Kerancakan dan prestij perlawanan malam tadi telah dicemari.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga.....?




ANUGERAH SKRIN MEMALUKAN...?

PAKAIAN ARTIS YANG SEMAKIN MENCOLOK MATA
 Gambar BEST DRESSED Anugerah Skrin 2010
Nasha Aziz fesyen berkemban...?
 Gambar BEST DRESSED Anugerah Skrin 2010
Fasha Sanda pun berkemban mempamerkan susuk dada...?
gambar red carpet anugerah skrin 2010
gambar red carpet anugerah skrin 2010
gambar red carpet anugerah skrin 2010
gambar red carpet anugerah skrin 2010
Pakaian artis terutama artis wanita agak keterlaluan dan melampau. Mereka mungkin sudah lupa akan agama dan adat ketimuran...? Mereka ini tidak dapat membezakan antara glamour dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat setempat. Mungkin juga mereka perasan lebih kot....? Cuba pembaca lihat dan nilailah sendiri.....?

PENONTON INDONESIA MERUSUH DI STADIUM...?


Supporters crowd in front of a ticket booth to buy tickets for the AFF Suzuki Cup second leg final soccer match between Indonesia and Malaysia, in Jakarta December 26, 2010. This second leg of the final will be held in Jakarta on December 29.

AFF ancam Indonesia pindahkan venue final kedua

2010/12/25

JAKARTA: Minat besar penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu petang ini. 


Sehubungan itu, Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

Sumber: Berita Harian Online, 26/12/2010

26 Disember 2010