PILIHANKU

TAJAAN

29 Disember 2010

15 PEJUANG MAUT ANGKARA PELURU BERPANDU AMERIKA..?

Serangan peluru berpandu AS, 15 maut

29/12/2010 2:33am


MIRANSHAH, Pakistan 29 Dis. - Sekurang-kurangnya 15 orang anggota militan maut dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di kawasan kabilah, Waziristan Utara yang terletak di barat laut negara ini, semalam.
Pegawai keselamatan Pakistan berkata, serangan pertama memusnahkan dua buah kawasan dan mengorbankan lima orang anggota pemberontak di kampung Ghulam Khan, 20 kilometer dari timur Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara.
Katanya, serangan berikutnya yang dilancarkan oleh pesawat penyerang tanpa juruterbang mengorbankan 10 orang anggota militan di kampung Nawab yang terletak di sempadan dengan Afghanistan.
"Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila pesawat penyerang tanpa juruterbang milik AS melancarkan peluru berpandu ke atas tiga kenderaan," kata seorang pegawai keselamatan kanan memberitahu AFP. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan