PILIHANKU

TAJAAN

28 Disember 2010

TIDAK BOLEH MENERIMA KEKALAHAN...?

malaysia menang Aff cup
Barisan pemain yang membawa mimpi buruk kepada skuad Garuda...?

KOMEN PENYIAR BERITA INDONESIA
  • Ada beberapa saluran televisyen yang menyiarkan laporan yang begitu mengagung-agungkan pasukan kebangsaan itu selain memandang remeh pasukan lawan.
  • Selain Warga Kota, akhbar-akhbar utama lain turut memberikan liputan meluas terhadap kegagalan pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 kepada pasukan Malaysia.
  • Seperti yang dijangka, isu pancaran laser oleh penonton ke arah pemain bola sepak Indonesia terus diperdebatkan di dada-dada akhbar sebagai menterjemahkan rasa kecewa mereka terhadap kegagalan yang tidak pernah dimimpikan oleh negara itu.
  • Akhbar Jakarta Globe dalam laporannya berkata, kegagalan Garuda di tangan Harimau Malaya saling tidak ubah seperti sebuah mimpi buruk bagi negara itu.
  • Kompas dalam laporan muka depannya pula, pasukan Indonesia harus belajar untuk memberi persaingan yang lebih sengit kepada pasukan Malaysia pada pertandingan Rabu ini.
  • Kompas melaporkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menggesa pasukan Garuda serta para penyokong bola sepak agar jangan sama sekali menyalahkan team lawan hanya kerana kegagalan itu.
  • "Tidak perlu kecil hati, jangan salah-menyalahkan, pastinya timnas (team nasional) kita juga ingin membuat yang terbaik," kata Presiden. 
Sumber: Utusan Malaysia Online, 28/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan