PILIHANKU

TAJAAN

16 Disember 2010

BAS TERJUN GAUNG...?

4 kakitangan penjara maut dikenal pasti

16/12/2010 2:51pm

PENAMPANG 16 Dis. - Empat kakitangan Penjara Tawau terbunuh dalam satu kemalangan apabila bas kepunyaan jabatan itu terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Kampung Moyog dekat sini dikenal pasti.
Mengikut senarai yang dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, mereka yang terbunuh adalah Madinh Alhmdullah, Selamat Idris, Muslimin Muhammad dan Sabirin Murad.
Mereka merupakan antara 25 orang penumpang bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bola sepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan