3 terima Anugerah Profesor Ulung
Oleh Norliza Abdullah
2010/12/16
Kepakaran ahli akademik dimanfaat masyarakat dunia BANGI: Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Prof Dr Lai-Meng Looi yang dipilih pemenang pertama Anugerah Profesor Ulung disifatkan sebagai milik negara untuk dicontohi dan dijadikan ikon.
Shamsul Amri adalah Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Mohd Kamal, rektor rakyat Malaysia pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), manakala Lai-Meng adalah Profesor Kanan Patologi di Universiti Malaya (UM).
Selaku pemenang anugerah itu, masing-masing menerima geran penyelidikan bernilai RM300,000, elaun bulanan khas RM10,000 setiap bulan selain gaji mengikut Gred Tertinggi Turus.
Sumber: Berita Harian Online, 16/12/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan