PILIHANKU

TAJAAN

21 Disember 2010

MANGSA KEMALANGAN BAS CAMERON DIBAWA KE BANGKOK...?

Foto hiasan

Thai guna Hercules bawa pulang mangsa kemalangan

21/12/2010 5:02pm

KUALA LUMPUR 21 Dis. — Rakyat Thai sama ada yang terbunuh atau cedera dalam kemalangan ngeri bas di kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai semalam, akan dihantar pulang ke tanah air mereka esok menggunakan pesawat pengangkut C-130 tentera udara Thai.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar Thai, Thani Thongpakdi dipetik oleh Bangkok Post Online hari ini sebagai berkata, pesawat Hercules C-130 itu akan berlepas ke Malaysia kira-kira 8 pagi esok dari Terminal Tentera Udara Don Mueang.
Beliau berkata, selain sepasukan doktor dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat Thai, Mathurapojana Ittharong yang menaiki pesawat itu, seorang ahli keluarga bagi setiap mangsa turut dibenarkan berada dalam penerbangan berkenaan.
Thongpakdi berkata, beliau difahamkan bahawa syarikat yang mengendalikan pakej percutian itu memiliki polisi insurans yang melindungi semua penumpang.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 21/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan