PILIHANKU

TAJAAN

19 Disember 2010

HAJAT DIKEBUMIKAN SATU KUBUR...?



TAPAH 17 Dis. – Siapa sangka kata-kata seorang isteri untuk disemadikan dalam satu kubur dengan suaminya dimakbulkan apabila mereka meninggal dunia bersama dalam kemalangan jalan raya malam semalam.
Kedua-duanya, Nur Hazah Mohamad Yusuf, 24, dan Ahmad Azhar Hassan, 30, merupakan pasangan yang baru berkahwin pada 30 Oktober lalu dan belum sempat untuk menimang cahaya mata.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 8 malam itu, motosikal yang mereka naiki dilanggar sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Tapah-Changkat Petai berhampiran pekan Tapah.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan