PILIHANKU

TAJAAN

25 Disember 2010

PELUANG KE SBP TERHAD...?

Usah kecewa gagal ke sekolah berasrama penuh

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dinasihatkan tidak berasa kecewa sekiranya gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah harian kerajaan juga sebenarnya mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.
"Keputusan cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah harian membuktikan bahawa tahap tenaga pengajar dan pengajaran di sekolah itu juga mempunyai kualiti yang sama dengan sekolah berasrama penuh,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas keputusan PMR 2010 yang merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh empat tahun, beliau berkata, perkembangan tersebut menunjukkan kualiti pendidikan di negara ini bertambah baik.
"Peningkatan jurang yang ditunjukkan antara sekolah bandar dan luar bandar juga merupakan pencapaian yang bagus," jelasnya.
Seramai 30,863 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran yang mereka duduki.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 25/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan