Upacara 10 Muharam
Setiap tahun, pada 10 Muharam penganut-penganut Syi’ah akan mengadakan upacara pengkabungan kononnya sebagai tanda memperingati kematian Imam Husain. Mereka akan mengadakan pelbagai upacara seperti menampar-nampar muka dan dada, menyiksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala dengan pisau-pisau kecil bahkan ada yang menggunakan pedang sehingga tubuh dibasahi darah. Di samping itu seorang dari kalangan mereka yang di gelari dengan nama “Zakir Husain” akan mengumandangkan syair-syair ratapan menceritakan penderitaan Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka diselangi dengan caci maki terhadap Bani Umayyah dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap mereka sebagai perampas hak Ahlul Bait.
Ahli Sunnah sepakat bahawa amalan tersebut merupakan amalan jahiliah dan diharamkan berdasarkan kepada hadis daripada Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliah.”(Sahih Bukhari Kitabul Janaaiz dan Muslim Kitabul Iman). Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik Al-Asy’ari bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda.” Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian daripada minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).
Lihatlah dan fikir-fikirkanlah "inikah ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W...?"
Penganut Syiah India mencederakan anak yang tak tahu apa-apa...?
Pengikut Syiah di Iraq dalam sambutan 10 Muharam...?
Para pengikut Syiah di India meraikan 10 Muharam...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan