PILIHANKU

TAJAAN

22 Disember 2010

LUNA MAYA NANGIS DI MAHKAMAH...?


GAMBAR yang disiarkan akhbar KOMPAS.com semalam menunjukkan Luna Maya menangis di pekarangan sebuah mahkamah di Bandung. Gambar kecil Ariel.

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.
Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.
Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.
Sumber: Kosmo! Online, 22/12/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan