PILIHANKU

TAJAAN

12 Februari 2011

SEKALUNG TAHNIAH BUAT RAKYAT MESIR...?

Ikhwanul Muslim kagum perjuangan rakyat Mesir

12/02/2011 3:20am

Essam el-Erian

KAHERAH 12 Feb. - Kumpulan pembangkang paling berpengaruh, Ikhwanul Muslim menyambut baik peletakkan jawatan oleh presiden Hosni Mubarak dan mengucapkan terima kasih kepada tentera yang telah menunaikan janji mereka.
“Kami sangat kagum dan menghormati perjuangan rakyat Mesir serta pihak tentera yang memenuhi janji mereka,” kata Essam el-Erian, pemimpin kanan Ikhwanul Muslim.
Tokoh pembangkang terkemuka Mesir, Mohammed ElBaradei ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen Al-Jazeera pula berkata, peletakan jawatan oleh Mubarak telah mengembalikan semula kehidupan rakyat Mesir.
Menteri luar Turki, Iran dan pemimpin Hezbollah Lebanon mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana berjaya menjatuhkan Mubarak dan berharap akan muncul sistem baru untuk rakyat negara itu.
Turut mengalu-alukan pengunduran Mubarak ialah pemimpin Hamas dan penduduk Palestin yang sama meraikan kejayaan rakyat Mesir di seluruh Gaza City. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan