Spekulasi rombakan kabinet cetuskan kekalutan
16/02/2011 8:40pm
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Spekulasi liar oleh para pemerhati politik mengenai rombakan kabinet yang tersebar dalam Twitter dan blog mereka hari ini telah mencetuskan kekalutan di pihak media untuk mengesahkan kesahihan berita itu.
Bernama telah dihujani dengan pertanyaan selepas khabar angin itu tersebar di beberapa Twitter dan menerusi SMS.
Satu portal berita menyatakan dua orang timbalan menteri akan dinaikkan pangkat sebagai menteri manakala seorang ketua parti politik akan turut dilantik sebagai menteri. Ia juga menyatakan satu kenyataan dijangka dikeluarkan.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan