PILIHANKU

TAJAAN

19 Februari 2011

DSAI KOMEN PRESTASI EKONOMI NEGARA...?

MASIH DITINGGALKAN NEGARA JIRAN...?
Walaupun mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2 peratus pada tahun lalu, jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat, keadaan negara ini masih terkebelakang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Singapura dan Indonesia masing-masing mencatatkan pertumbuhan 14.5 dan 6.1 peratus pada tahun 2010. 

"Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura," kata Anwar.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.

Menurut kenyataan itu lagi, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu dan diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, berbeza dengan pertumbuhan Singapura yang disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pengilangan pada kadar 29.7 setahun, pencapaian Malaysia masih malap dalam kedua-dua aspek.

Sumber: www.malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan