PILIHANKU

TAJAAN

16 Februari 2011

KRISIS THAI-KEMBOJA...?

Pertempuran baru selepas gencatan senjata

16/02/2011 2:34am

BANGKOK 16 Feb. — Gencatan senjata antara askar Thailand dengan Kemboja berakhir hanya seminggu sahaja apabila pertempuran baru meletus di kawasan sempadan semalam, kurang daripada 24 jam selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata dilakukan secara kekal.
Jurucakap tentera, Kol. Sansern Kaewkamnerd berkata, seorang anggota tentera Thailand, Koperal Ratchapon Yospanya, cedera parah semasa pertempuran yang berlaku pukul 5 pagi semalam.
"Askar Kemboja mengebom dan menembak askar-askar Thailand yang ditempatkan di Phu Ma Khua, di wilayah Si Sa Ket dan diberi tentangan oleh pihak Thailand,” katanya. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/2/2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan