PILIHANKU

TAJAAN

12 Februari 2011

70% SAMAN KERANA HAD LAJU...?



KUALA LUMPUR - Kecenderungan pengguna jalan raya di negara ini untuk memandu laju dilihat amat tinggi berdasarkan rekod statistik Ops Sikap Ke-23 lalu yang menyaksikan 70 peratus daripada saman yang dikeluarkan dalam tempoh operasi itu adalah bagi kesalahan membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.
Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, daripada 167,868 saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Sikap Ke-23 yang bermula sejak 27 Januari lepas sehingga kelmarin, 105,610 daripadanya adalah berkaitan kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Beliau berkata, jumlah saman yang dikeluarkan pada Ops Sikap kali ini juga mencatatkan peningkatan lima peratus berbanding Ops Sikap ke-21 iaitu Ops Sikap yang dijalankan pada Tahun Baru Cina tahun lepas.
Sumber: Kosmo! Online, 12/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan