SEORANG warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun 6 bulan di sebuah kandang lembu berhampiran sebuah rumah tidak bernombor di Pasir Puteh pada Ogos tahun lalu, di Kota Bharu, 10 Feb. - Utusan/ROSNI MASRI
ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa Sarjan Abdul Rahim Hamid yang tercedera keluar dari rumah selepas ditetak oleh seorang suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental, di Taman Chempaka, Bahau, Negeri Sembilan, 9 Feb. - Utusan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama barisan kabinet bergambar bersama sebelum memulakan mesyuarat kabinet pertama di luar Kuala Lumpur, di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan, 9 Feb. - Utusan/RUSHDI SALLEH
BEBERAPA anggota polis cuba menyelamat pacuan empat roda yang dinaiki oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff yang termasuk ke dalam parit, ketika meninjau keadaan banjir di Sri Medan, Batu Pahat, 9 Feb. - Utusan
Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan