SANAA - Pertempuran sengit antara para penunjuk perasaan yang menyokong dengan menentang pemerintah di sini menyebabkan sekurang-sekurangnya 40 orang cedera semalam manakala tentera dikerahkan ke bandar pelabuhan Aden, selatan negara itu bagi mengawal ketenteraman.
Sekitar 2,000 orang penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar, meninggalkan Universiti Sanaa dan menuju ke Dataran Pembebasan di sini apabila mereka bertembung dengan penyokong-penyokong pemerintah sekali gus mencetuskan pertempuran yang masuk hari ketujuh semalam.
Foto www.yahoo.com
Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan