YALA (Thailand) 13 Feb. - Seramai lapan belas orang cedera dalam satu letupan bom kereta di luar sebuah bank di wilayah bergolak selatan Thailand, hari ini.
Insiden berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) di Yala, satu daripada tiga buah wilayah bergolak di selatan negara ini yang diletakkan di bawah perintah darurat sejak 2005. - Agensi
Sumber: Utusan Malaysia Online, 14/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan