PILIHANKU

TAJAAN

20 Februari 2011

FARIS PETRA JUARA HOKI MSSD KOTA BHARU...?

Tahun 2011 merupakan tahun yang cemerlang bagi pasukan hoki SMS. Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP). Dalam kejohanan MSSD Kota Bharu bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, SMSTMFP hampir pasti menjuarai bagi kedua-dua kategori tersebut. Skuad hoki 18 perempuan SMSTMFP telah berjaya keluar sebagai juara setelah menundukkan pasukan pilihan iaitu Sekolah Putera dengan jaringan 1 - 0.
Skuad hoki lelaki 18 tahun SMSTMFP berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir setelah membenam pasukan Maktab Sultan Ismail dengan jaringan juga 1 - 0. Perlawanan akhir kategori lelaki akan berlangsung pada 22 Februari 2011, jam 4.30 petang, di stadium austrotuf Perdana, Kota Bharu.
KEPUTUSAN PERLAWANAN KAT. 18 PEREMPUAN:-
  • PUSINGAN AWAL
  1. SMSTMFP VS SMK KOK LANAS: 5 - 0
  2. SMSTMFP VS SMK KEDAI BULOH: 3 - 0
  3. SMSTMFP VS SMK PENG. CHEPA 1: 4 - 0
  • PUSINGAN KEDUA
  1. SMSTMFP VS SMK ZAINAB: 2 - 0
  2. SMSTMFP VS SMK KETEREH: 7 - 0
  • PERLAWANAN AKHIR
  1. SMSTMFP VS SMK PUTERA: 1 - 0
Komen penulis: Sebagai jurulatih, cikgu cukup berbangga dengan semangat juang Farisian yang dipamerkan...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan