PILIHANKU

TAJAAN

14 Februari 2011

BUTA SEJARAH...?

Konvoi bantah Interlok ditahan kerana tiada permit

13/02/2011 8:48pm
SEREMBAN 13 Feb. - Polis menahan 26 orang termasuk enam orang wanita dan empat orang kanak-kanak yang menyertai konvoi 16 buah kereta tanpa permit di bandar ini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, sebelum itu pihak polis mendapat maklumat mengenai konvoi haram yang akan melalui bandar ini.
"Polis memantau pergerakan mereka pada pukul 1.35 petang dan kita tahan mereka ketika melalui lampu isyarat Jalan Zaaba, berhampiran Balai Polis Rahang pada pukul 2.15 petang,” katanya kepada pemberita, di sini.
Saiful Azly berkata, beliau berinteraksi dengan ketua kumpulan itu dan memberitahunya bahawa konvoi itu adalah haram dan tiada permit, namun mereka tetap mahu meneruskan perjalanan konvoi. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 14/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan