ROBAAYAH (empat dari kiri) menunjukkan replika BVS kepada Gopal sambil diperhatikan oleh pegawai IJN di Kuala Lumpur semalam
KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) mencipta rekod sebagai pusat rawatan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menggunakan sejenis peranti dikenali sebagai 'Bioresorbable Vascular Scaffold' (BVS) untuk merawat penyakit arteri koronari.
Bagaimanapun peranti itu masih di peringkat percubaan klinikal dan akan mula digunakan tahun depan.
Teknologi rawatan itu mampu menyelesaikan masalah saluran darah tersumbat untuk membolehkan pembuluh darah kembali berfungsi seperti biasa, manakala peranti berkenaan pula akan lenyap selepas lebih kurang dua tahun dipasang pada tubuh pesakit.
Pengarah Urusan IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, peranti itu keluaran sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) berharga RM6,000 seunit.
Sumber: Kosmo! Online, 12/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan