HARTA MUBARAK DI SWITZERLAND DIBEKU...?
ZURICH: Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.
"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuat kuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.
Sumber: Berita Harian Online, 13/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan