PILIHANKU

TAJAAN

28 Februari 2011

SMSTMFP WAKILI ZON TIMUR...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bersua kembali setelah agak lama penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog 'Suara_Kilat.com' kerana kekangan masa yang amat sangat. Untuk makluman pembaca, penulis berada di luar kawasan baru-baru ini kerana membawa pasukan hoki SMSTMFP ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Kuantan, Pahang pada 23 - 27 Februari 2011. Sebagai jurulatih pasukan hoki lelaki dan perempuan, penulis langsung tidak berpeluang untuk berhubung dengan para pembaca sekalian kerana terikat dengan jadual pertandingan yang amat ketat. Saya terpaksa berkejar ke dua buah stadium austrotuf  iaitu Stadium Wisma Sukan Pahang dan Stadium SUKPA untuk menyediakan pasukan saya yang akan dan sedang bertandingan.

Syukur alhamdulillah, kerana pada kejohanan kali ini pasukan yang saya bimbing telah mencapai kejayaan yang amat gemilang dan kedua-dua buah pasukan lelaki dan perempuan muncul juara dan naib juara, dan akan mewakili Zon Timur ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei nanti.
Berita lengkap kejayaan pasukan penulis akan diceritakan kemudian.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan