Dua beradik maut setelah diberi racun oleh ibu
15/02/2011 5:35pm
KAJANG 15 Feb. - Sepasang adik-beradik perempuan ditemui mati di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, malam tadi, selepas dipercayai dipaksa minum racun oleh ibu kandung mereka yang mengalami sakit mental.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt. Azman Ayob berkata, ibu mereka yang turut meminum racun itu, kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Serdang.
"Dua adik-beradik malang itu, S. Rashmeka, 4, dan adiknya, S. Neeharika Laxami, 1, serta ibu mereka berusia 30 tahun ditemui di dalam bilik rumah mereka kira-kira pukul 8.30 malam oleh nenek dua beradik itu.
"Nenek mangsa yang curiga selepas mendapati pintu bilik tersebut berkunci dari dalam, terus menghubungi bapa mangsa yang sedang bekerja di sebuah kedai gunting rambut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan