Foto hiasan....?
Penunggang motosikal maut digilis treler
09/02/2011 11:37am
IPOH - Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas digilis sebuah treler membawa muatan kayu balak di atas jambatan di Km 12 Jalan Kuala Kangsar-Manong, malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.05 malam itu, Rosli Ali, 32, dari Kenas, Kuala Kangsar, dipercayai bertembung dengan sebuah bas ketika cuba memotong lori berkenaan, kata Ketua Polis Trafik Perak Supritendan Wan Abdullah Ishak.
Rosli, yang bekerja sendiri, mengalami cedera parah di seluruh badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 9/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan