PILIHANKU

TAJAAN

11 September 2010

ALTO CABAR PERODUA VIVA...?


Suzuki Alto
Suzuki Automobil Malaysia baru-baru ini melancarkan Suzuki Alto. Berbeza dengan versi Alto dari Jepun, Alto yang dipasarkan di Malaysia diimport sepenuhnya dari kilang Suzuki Maruti di Haryana, India.
Walaupun Suzuki Malaysia mendakwa ia menyasarkan kelompok pembeli yang berbeza, namun realiti fizikal jelas memperlihatkan bahawa model itu bersaing dengan Hyundai i10, Perodua Viva dan Naza Suria (Kia Picanto). Model itu sebenarnya mempunyai prospek yang besar jika segmentasinya betul.
Alto dijual pada harga bermula RM44,888 untuk versi manual (GA), RM49,999 transmisi auto GLX dan RM54,888 untuk model GXS. Walaupun lebih mahal berbanding jenama saingannya, kekuatan jenama Suzuki itu sendiri mungkin boleh menjadi dorongan.

Sumber: Kosmo Online, 11/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan