PILIHANKU

TAJAAN

22 September 2010

CURVE 3G (CURVE 9300)....?



SYARIKAT pengeluar telefon bimbit pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) baru-baru ini telah memperkenalkan model terbarunya, Curve 3G (Curve 9300).
Berbeza daripada beberapa siri Curve sebelum ini yang hanya dilengkapi akses rangkaian EDGE (2.5G), kehadiran model ini pasti akan memberikan kepuasan kepada pengguna menerusi tawaran sambungan 3G (HSDPA) berkelajuan tinggi.
Dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan penggunanya di seluruh dunia, tawaran spesifikasi terbaik pada Curve 3G ini bakal melengkapkan aktiviti komunikasi individu di mana sahaja mereka berada.
Dengan capaian 3G, ia akan memudahkan operasi seperti pelayaran Internet lebih pantas, kelancaran permainan muzik serta menyokong aktiviti komunikasi menerusi laman sembang.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan