PILIHANKU

TAJAAN

14 September 2010

MATI KERANA MENEGUR...?

Lelaki Myanmar mati dibunuh

14/09/2010 5:51pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki rakyat Myanmar mati selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lelaki Pakistan di sebuah kilang di Balakong awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Serdang, DSP Lam Chien Fei berkata, pergaduhan pada pukul 3.30 pagi itu berlaku apabila mangsa, Kyaw Htike Aung, 21, dikatakan menegur suspek yang kerap pergi menunaikan solat ketika bertugas.
"Kyaw adalah pengawal keselamatan di kilang itu manakala suspek merupakan pekerja kebun di kilang yang sama.
"Akibat teguran itu pergaduhan telah berlaku. Siasatan awal polis mendapati mangsa dipukul di bahagian rusuk kiri menggunakan sebatang besi dan dia mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sumber: Kosmo Online, 14/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan