PILIHANKU

TAJAAN

26 September 2010

APABILA MELAYU LEMAH....?

Isu tukar guru: Desakan Kit Siang bukti sikap diktator DAP

2010/09/26

KULIM: Desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap dua orang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah contoh sikap diktator DAP. 

Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata inilah contoh cara DAP bertindak tanpa berfikir panjang pada segenap sudut apabila mahu menjatuhkan hukuman apabila mereka berkuasa.
Beliau berkata pemimpin DAP itu sewajarnya bersikap lebih rasional dan berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan lebih-lebih lagi berhubung dengan isu perpaduan kaum.
“Sebagai pemimpin DAP dan seorang ahli politik sepenuh masa tidak semestinya Kit Siang menjadi seorang yang ”tahu semua”. Beliau juga perlu lebih prihatin dan belajar mengenai Perintah Am dan kuasa-kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah hotel bajet, Hotel D’Keriangan di Padang Serai dekat sini malam tadi. 

Katanya MBM menyokong tindak balas Muhyiddin terhadap reaksi Lim yang disifatkanya sebagai ''menangguk di air keruh'' dan mencari publisi murahan. 

Sumber: Berita Harian Online, 26/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan