Gempa bumi 6.2 pada skala Ricther di Vanuatu
09/09/2010 3:14am
SYDNEY 9 Sept. - Satu letusan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Ritcher berlaku dekat pulau Vanuatu di Pasifik semalam, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan kata ahli seismologi Amerika Syarikat (AS).
Pusat kajian geologi AS berkata, gempa pada kedalaman 54 kilometer di selatan barat daya Isangel di selatan kawasan Vanuatu itu berlaku kira-kira pukul 10.37 pagi waktu tempatan.
Vanauta yang terletak antara Fiji, Australia dan New Zealand turut berada dalam lingkaran jejaran gunung berapi Pasifik yang aktif. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan