Memilikinya seperti mempunyai sebuah komputer peribadi mini, memandangkan beratnya hanya 181 gram (g).
Begitu gambaran ringkas N900, terbaru daripada Nokia yang beberapa bulan lepas telah menemui pengguna.
Dioperasikan dengan Maemo 5 dan dilengkapi sejumlah aplikasi yang dimanfaatkan serentak dengan ciri-ciri selular skrin sesentuh dan papan kekunci QWERTY, menjadikannya produk yang direka bentuk seperti komputer bersaiz kompak.Ia dilengkapi dengan prosesan ARM Cortex-A8 berkuasa, dengan aplikasi memori sehingga 32GB dan boleh ditingkatkan kepada sehingga 48GB serta paparan grafik Open GLES2.0.
Tambahan ciri-ciri skrin sesentuh WVGA resolusi tinggi dan sambungan 10/2 Akses Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA) dan keupayaan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN) menjadikan N900 ini seronok dan pantas melayari Internet.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan