SEORANG PEGUAM DICARI
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Seorang peguam dipercayai menjadi antara senarai individu paling dikehendaki dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi lelaki, sejak 30 Ogos lalu.
Ini kerana lelaki yang ingin ditemui oleh Sosilawati, peguam, pegawai bank dan pemandunya itu di Banting disyaki merupakan individu terakhir bertemu dengan mereka.
Bagaimanapun sehingga kini, peguam tersebut belum tampil dan masih belum dikenal pasti identitinya.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan