Malaysia, Indonesia setuju percepat rundingan sempadan
KOTA KINABALU 6 Sept. - Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mempercepat penyelesaian berhubung isu perbatasan sempadan maritim antara kedua-dua negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, isu itu harus diberi perhatian sewajarnya supaya insiden 13 Ogos lalu tidak berulang.
Katanya, kedua-dua buah negara akan mengadakan dua mesyuarat Kumpulan Teknikal sebelum akhir tahun ini, setelah kali terakhir pertemuan pada Oktober 2009 di Bali, Indonesia.
"Saya dan Menteri Luar Republik Indonesia bersepakat supaya Malaysia dan Indonesia mempercepat dan mempertingkatkan usaha rundingan melibatkan sempadan maritim.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/9/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan