PILIHANKU

TAJAAN

07 November 2010

4 RENTUNG REMPUH TRELER...?

Empat rentung kereta dinaiki rempuh treler 

2010/11/07

MUADZAM SHAH: Empat orang rentung termasuk bekas wartawan Berita Harian, Patimah Ramli apabila kereta Proton Persona yang dinaiki hilang kawalan ketika menuruni bukit dan masuk laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah treler dengan muatan kelapa di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, rempuhan berkenaan menyebabkan kedua-dua buah kenderaan terbakar dan empat orang mangsa rentung di dalam kenderaan Proton Persona.
Beliau berkata, empat orang mangsa yang maut ialah pemandu Proton, Rosli Mat Isa,28; Md Sharif Nani, 61; Patimah,46, dan Marinah Kambas, 60.
Katanya, pemandu treler, Rosli Che Hassan dan kelindan yang juga anaknya, Roslan sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami cedera ringan. 

Sumber: Berita Harian Online, 7/11/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan