PILIHANKU

TAJAAN

06 November 2010

KUIH COLEK MALAH...?


Colek malah atau malas atau sebutan sebenarnya (ikut lidah Klate) co'lek ma'lah merupakan sejenis kuih yang agak popular di negeri Cik Siti Wan kembang ini. Kuih ini hampir-hampir sama dengan kuih cikodok jika di pantai Barat. Dibuat daripada tepung gandum yang diadun bersama-sama udang, bawang dan juga sayur-sayuran, kemudian digoreng. Enak dimakan dengan sos cili atau colek buatan sendiri. Sesetengah orang, jika tiada udang, ikan bilis juga boleh diadunkan dengan bahan-bahan tadi.
Kenapa namanya colek malah...?  Penulis dah banyak kali buka kamus, namun masih tiada jawapannya. Tapi agak penulis la.... kuih ini mungkin mendapat nama kerana cara membuat kuih ini terlalu simple, khusus untuk orang yang malas-malas.....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan