PILIHANKU

TAJAAN

23 Januari 2011

GADUH KUMPULAN...?

Tiga sahabat mati ditikam

ABU SEMAN (kiri) menenangkan Tai Keng Yong berikutan kematian anaknya, Chi Yong di Melaka semalam.

ALOR GAJAH - Tiga rakan maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di tepi jalan Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak di sini malam kelmarin.
Mayat Lan Ee Shen, 20, Chong Sang Keong, 17, dan Tai Chi Yong, 18, ditemui di tempat kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka di Taman Mengkuang di sini kira-kira pukul 10.45 malam.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pada mulanya, polis mendapat maklumat mengatakan berlaku kemalangan jalan raya di situ.
"Anggota polis kemudian menemui tiga lelaki terbaring di tempat kejadian dan selepas pemeriksaan dibuat terdapat kesan tikaman pada ketiga-tiga mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 23/1/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan