Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) ialah masjid bersejarah di Istanbul, bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh sebab jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara 1609 hingga 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan