PILIHANKU

TAJAAN

22 Januari 2011

PASKAL GEMPUR LANUN SOMALIA...?

PASKAL...foto hiasan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Laut (Paskal) atas kejayaannya menyelamatkan kapal yang disewa oleh sebuah syarikat Malaysia yang dirampas sekumpulan lanun di Laut Aden, Somalia semalam.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut bangga dengan kecekapan dan keberanian ditunjukkan anggota Paskal yang berjaya menahan tujuh lanun dalam kejadian tersebut.
Najib mengulas kejayaan kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 5 yang berjaya menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden pada pukul 11.40 malam semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman itu menyaksikan tujuh orang lanun Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol berjaya ditahan selepas operasi menyelamat kapal itu dilancarkan pada pukul 1.20 pagi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/1/2011

Catatan:
Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang moden setanding pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 di kawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan