EKORAN mengalami masalah kecederaan di bahagian otot perut kiri, bintang sensasi China, Lin Dan terpaksa menarik diri pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengadil Kejohanan, Jane Wheatley dari Australia.
"Ketika Lin Dan menjalani sesi pemanas badan pagi tadi (semalam) dia telah mengalami kecederaan pada otot perut kirinya," kata Jane.
Jelas Jane lagi, selepas Lin Dan menjalani pemeriksaan, doktor yang merawatnya, Dr. Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN) menasihatkan agar pemain itu tidak meneruskan perlawanan.
"Doktor menasihatkan agar Lin Dan berehat kerana khuatir kecederaannya itu akan bertambah serius sekiranya tetap meneruskan perlawanan.
Sumber: Kosmo! Online, 23/1/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan