Sejenis makanan yang agak sensasi di Kelantan kini ialah maggie ketam. kebanyakan kedai yang menyediakan makanan eksotik ini menjadi tumpuan ramai. Antara destinasi utama para penggemar maggie ketam ini adalah di sekitar kawasan Bachok iaitu di Beris, Bachok dan juga Cherang Ruku. Para pengunjung terpaksa bersabar ketika berkunjung ke gerai atau restoran ini kerana terpaksa menunggu dengan agak lama sebelum makanan dapat dihidang, al-maklum, pengunjung memang ramai sekali.
Apabila maggie ketam sudah tersedia di depan mata, segala penantian tadi, pasti berbaloi. Bau aroma ketam segar (ketam sungai/ketam nipah) yang memenuhi mangkuk besar itu akan menyebabkan semua pelanggan terasa lapar serta-merta....?
kat bachok area mana ea?
BalasPadamkt pauh 9 kot
BalasPadam