PILIHANKU

TAJAAN

27 Januari 2011

KERANA TAK TAHU...?

Kenyataan Kuan Yew hina Islam - Mufti Perak

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menggesa umat Islam negara itu supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam kerana ia boleh menghalang integrasi dan pembangunan merupakan penghinaan kepada agama itu sendiri.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Kuan Yew tidak layak untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau sendiri tidak memahami ajaran Islam serta inti pati yang terkandung di dalam agama tersebut.
Tegasnya, Kuan Yew perlu melihat kepada sejarah bahawa Islam merupakan agama yang menyokong pembangunan kerana terdapat bukti-bukti bahawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sains, perubatan dan kejuruteraan adalah berasal daripada teori yang diterbitkan oleh golongan cendekiawan Islam.
Tambahnya, Kuan Yew sepatutnya tahu mengenai perkara tersebut tetapi beliau telah membuktikan kejahilannya dengan mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/1/2011

Komen penulis: Hanya jauhari yang mengenal manikam..., Kuan Yew tu siapa untuk bercakap tentang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan